24 Julai 2010

KENALI ULAMA TERKENAL TOK KENALI

Tok Kenali: Ulama Peringkat Wali


Tok Kenali ialah satu nama yang paling terkenal dalam dunia pengajian Islam menggunakan sistem pondok di Malaysia. Bahkan beliau juga terkenal di seluruh alam Melayu. Oleh itu, memang riwayat beliau perlu diketahui oleh masyarakat. Dalam dua keluaran terakhir perbicaraan tentang ulama, telah disentuh perjuangan tokoh yang antipenjajah (Tok Ku Paloh Terengganu dan Haji Sulong al-Fathani). Ada orang berpendapat bahawa Tok Kenali tidak pernah terlibat dalam perjuangan yang bercorak demikian. Bagi saya, pendapat seperti demikian itu adalah hanya ditinjau dari satu sudut yang belum menyeluruh.

31 Mei 2010

HARI KIAMAT DAN HISAB

Qiamat adalah nama terbitan dari Qiamt bererti berdiri yakni hari kebangkitan setelah mati. Allah tidak menjadikan manusia tanpa tujuan atau untuk main-mainan sahaja. Ini dijelaskan dalam surah Al-Mukminun Ayat 115 bermaksud: "Maka apakah kamu menyangka bahawa Kami menjadikan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan kamu tidak dikembalikan kepada Kami". Allah menjadikan manusia dengan tujuan untuk mengabdikan diri kepadaNya. Ini dijelaskan dalam Surah Az-Zariat ayat 56 bermaksud: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu". Untuk memastikan apakah manusia benar-benar mengabdikan diri keoadaNya,  dan untuk menerima ganjaran mereka masing-masing maka Allah mengadakan hari pembalasan yang dinamakan dengan Hari Kiamat. Hari Kiamat ini diadakan sesudah manusia semuanya mati.

04 Mei 2010

TANDA-TANDA KIAMAT

Hudzaifah bin As-Syad Al-Ghifary meriwayatkan sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Rasulullah S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu sedang bincangkan?" Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari kiamat." Lalu Baginda menegaskan "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda:
  1. Keluar asap
  2. Keluar Dajjal
  3. Keluar Binatang melata di bumi
  4. Terbit matahari sebelah barat
  5. Turunnya Nabi Isa A.S
  6. Keluar Yakjuj dan Makjuj
  7. Gerhana di Timur
  8. Gerhana di Barat
  9. Gerhana di jazirah Arab
  10. Keluar api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

11 April 2010

RUKUN TETANGGA SEBAGAI RENTETAN DARI VITALITI KEJIRANAN


Nukilan: Ust Hj Abd Hadi bin Mahmud

Islam dan akhlak tiada pemisahan. Pada diserapkan sifat-sifat kesabaran, kesetiaan, tolong menolong dalam hal-hal kebajikan, toleransi bertimbangrasa dan lain-lain yang jika dipraktikkan oleh suatu masyarakat, sudah tentu ia akan menjadi contoh bagi model kehidupan yang damai dan sejahtera. Vitaliti kejiranan sangat ditekankan kepada umat yang beriman. Sebenarnya konsep kejiranan menurut perspektif Islam adalah luas meliputi orang-orang yang tinggal serumah dengan kita, orang-orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita dan orang-orang yang tinggal dalam lingkungan jarak 40 buah rumah dari rumah kita dalam segala jurusan. Hubungan baik dengan jiran merupakan satu tuntutan iman. Tuntutan ini kalau disempurnakan, akan meningkatkan tahap kesuburan iman kita. Kalau tidak, maka berkuranglah ia serta terhapuslah pula salah satu dari cabangnya. Tegasnya ia merupakan langkah umat dari garis amal soleh sebagai hubungan sesama insan (hablum minannas).

Di dalam Surah An-Nisa' ayat 36, Allah berfirman:
سُوۡرَةُ النِّسَاء
۞ وَٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَلَا تُشۡرِكُواْ بِهِۦ شَيۡـًٔ۬ا‌ۖ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنً۬ا وَبِذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَـٰمَىٰ وَٱلۡمَسَـٰكِينِ وَٱلۡجَارِ ذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡجَارِ ٱلۡجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلۡجَنۢبِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُكُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن ڪَانَ مُخۡتَالاً۬ فَخُورًا (٣٦)

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri. (36)

05 April 2010

Peta Menuju Hari AKhirat


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

26 Mac 2010

ALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya: "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya. Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

23 Mac 2010

BEZANYA MUKMIN DAN ORANG KAFIR DI SAAT MENGHADAPI MATI

Saat ketibaan ajal bagi orang mukmin dan orang kafir itu amatlah berbeza. Perbezaan itu telahpun dijelaskan dalam Al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w. Manakala roh orang mukmin hendak keluar, maka datanglah malaikat Malakul Maut memberi salam: "Selamat sejahtera atasmu, wahai wali Allah". Sesungguhnya Allah memberi salam kepadamu, kemudian dia pun membaca ayat surah An-Nahl (Ayat 32):

ٱلَّذِينَ تَتَوَفَّٮٰهُمُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ طَيِّبِينَ‌ۙ يَقُولُونَ سَلَـٰمٌ عَلَيۡكُمُ ٱدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ 

Maksudnya: "(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan."(32)

22 Mac 2010

KONSEP TAYAMMUM MENURUT PERSPEKTIF HUKUM

KONSEP TAYAMMUM MENURUT PERSPEKTIF HUKUM
Oleh: Mohd Rawizal bin Mohd Nawi
B.A Syariah Islamiah

Pendahuluan

Dalam bab ini, penulis akan mengemukakan definisi-definisi tayammum menurut perspektif hukum serta konsep-konsep yang berkaitan dengan tayammum dari semua aspek. Dalam bab ini juga, huraian yang terperinci dinyatakan dalam setiap fakta berdasarkan kepada pandangan dari semua Ulama'' mazhab berserta dengan qaul yang paling rajih agar setiap kenyataan dapat dikemukakan dengan lebih jelas. Walaupun begitu, terdapat juga sesetengah fakta yang hanya ditumpukan kepada mazhab yang utama iaitu mazhab Syafi'ie dan Jumhur Ulama'.

Definisi Tayammum

Tayammum dari segi bahasa ialah القصد (sengaja). (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984: 560) Pengertian ini diambil dari firman Allah S.W.T: (Al-Baqarah: 267). Maksudnya: " Dan janganlah kamu 'sengaja' memilih buruk daripadanya, lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat. "

Dengan pengertian ini juga, penyair berkata:

14 Mac 2010

DEMI KEIMANAN TERHADAP PENGAJARAN ILAHI PINGGIRKAN SIFAT MAZMUMAH DALAM DIRI

Suatu racun yang sangat merbahaya dan sangat durjana akibatnya dalam usaha mencapai ke arah perpaduan, setiakawan dan matlamat iman ialah sifat kedengkian di kalangan anggota masyarakat. Mengikut hukum Islam, bila mana sifat ini berkecamuk dalam diri seseorang, maka segala amalan kebajikan yang dilakukannya musnah dan hangus dijilat oleh api hasad yang membakar itu.

Dalam sebuah syarahannya, Syeikh Abdul Kadir Jailani ada memaparkan bahaya ini dengan ucapannya yang terkenal: "Wahai orang-orang beriman, kenapa saya lihat ada di antara kamu yang dengki dan cemburu hati terhadap jiran-jiran kamu lantaran kedapatan antara mereka yang mendapat lebih dari kurniaan Allah tentang makanan, pakaian dan tempat tinggal? Tidakkah kamu tahu bahawa perasaan dengki itu akan merubahkan iman kamu dan menjatuhkan diri kamu dari sisi Allah dan menyebabkan kamu dimurkaiNya?".

13 Mac 2010

MUKMIN TIDAK KEKAL DI DALAM NERAKA

Diceritakan dalam hadis sahih bahawa orang mukmin itu tidak akan dikekalkan oleh Allah Ta'ala ada di neraka dan yang sedemikian itu memang merupakan kerahmatan Allah kepadanya. Jadi jelasnya, apabila ada seorang mukmin mengerjakan sesuatu dosa besar dan belum ditebus dengan hukuman sewaktu dia berada di dunia,baik berupa had, rejam, kifarah dan lain-lain, dan pula tidak pernah melakukan taubat nasuha iaitu merasa amat menyesal dan berniat hendak meninggalkannya untuk selama-lamanya dan pula tidak pernah terkena bahaya atau musibah, baik berupa sakit atau apa saja dianggap tebusan dosa besarnya tadi, pada hal sudah semestinya bahawa orang tersebut pasti akan dihisab oleh Allah Ta'ala segala amal perbuatannya. Jadi Allah akan mengadakan timbangan di mizan terhadap semua amal-amal soleh yang pernah dilakukan oleh orang tadi dan antara semua kemaksiatan-kemaksiatannya yang belum ditaubati. Jikalau kebaikannya lebih banyak, maka sudah tentu masuk ke dalam syurga, demikian pula jikalau antara kebajikan dan keburukannya itu sama, maka Insa Allah orang itu akan memperolehi rahmatNya sehingga semua keburukannya diampunkan olehNya dan akhirnya dapatlah dia masuk syurga. Tentang penimbangan amal itu telah difirmankan oleh Allah s.w.t sebagai berikut:


وَنَضَعُ ٱلۡمَوَٲزِينَ ٱلۡقِسۡطَ لِيَوۡمِ ٱلۡقِيَـٰمَةِ فَلَا تُظۡلَمُ نَفۡسٌ۬ شَيۡـًٔ۬ا‌ۖ وَإِن ڪَانَ مِثۡقَالَ حَبَّةٍ۬ مِّنۡ خَرۡدَلٍ أَتَيۡنَا بِہَا‌ۗ وَكَفَىٰ بِنَا حَـٰسِبِينَ

(سُوۡرَةُ الاٴنبیَاء - ٤٧ )

Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung) dan cukuplah Kami sebagai Penghitung. (47)

08 Mac 2010

KEBERKATAN DARI SEDEKAH

Tersebut dalam sebuah hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari maksudnya: "Sesiapa yang membuangkan sesuatu yang menyusahkan orang ramai di tempat lalu lalang, maka Allah memperhitungkannya sebagai suatu amalan kebajikan, dapatlah dia memasuki syurga".

Demikianlah, mulianya suatu sumbangan kebajikan yang dilakukan oleh seseorang disisi Allah hatta dengan membuangkan sampah sarap atau kayu, batu yang menghalang dan menyusahkan orang yang mahu lalu-lalang di jalanraya, itupun dipandang suatu penghargaan iaitu ianya merupakan Pola kebajikan. Hadis ini menyebutkan mana-mana kebajikan yang diterima oleh Allah adalah merupakan jaminan untuk memasuki syurgaNya.

07 Mac 2010

FALSAFAH HIDUP BERKELUARGA

Sebagaimana rukunnya kehidupan berkeluarga yang (bermula dari Ijab Kabul pasangan suami isteri) berdasarkan falsafah Islam ada 5 pembinaan:

1.    Membina Kesempurnaan Peribadi

Diri kita selaku peribadi hendaklah disempurnakan dengan nilai-nilai yang matang dari aspek minda, spiritual dan fizikal. Kesepadanan darinya dapat menelurkan kerjaya. Dalam kontek ini Sayyidina Ali menegaskan: "Setiap diri pasti gagal tanpa menangani 4 delima"

      a.    Keras hati
      b.    Terburu-buru dalam bertindak
      c.    Tanpa memikirkan apa yang tersirat di sebalik yang tersurat
      d.    Merasa diri serba tahu

SAMBUTAN MAULIDUR-RASUL

Penyertaan Surau Al-Muhajirin Dalam Perarakan Majlis Sambutan Maulidur-Rasul


Surau Al-Muhajirin Kompleks Kediaman Kakitangan Awam (KKKA) Jalan U-Thant telah mengambil bahagian dalam majlis perarakan Sambutan Maulidur-Rasul anjuran Masjid Ar-Rahimah Kg Pandan yang diadakan pada 6 Mac 2010. Penglibatan peserta dari Surau Al-Muhajirin adalah dari kalangan anggota jemaah surau yang terdiri daripada peserta lelaki, perempuan dan juga kanak-kanak. Pada tahun ini peserta dari Surau Al-Muhajirin  telah tampil dengan pakaian seragam baju melayu berwarna merah. Pakaian ini telah ditempah khas oleh ahli jemaah surau dan ianya mendapat sambutan yang agak baik dari kalangan penghuni di sini khususnya ahli jemaah surau.

06 Mac 2010

TIGA PERHITUNGAN

Dalam membuat penilaian untuk berserah kepada Allah (tawakkal) terhadap segala urusan, kita hendaklah menfokuskan keimanan terhadap qadha & qadar itu dengan tiga perhitungan sebagai garis panduan mukmin.

1.    Syariat

Merupakan satu ketetapan undang-undang (hukum alam @ sunnatullah), peraturan malah termasuk ilmu pengetahuan yang bersangkutan dengannya disamping apa yang dinamakan beberapa perkara yang disuruh dan dilarang oleh Tuhan atau pihak yang berkuasa terhadap orang ramai. Ringkasnya Syariat diibaratkan persoalan rupa dan apakah cara-cara melakukannya.

2.    Tariqat

Pada bahasa ia bermakna jalan tapi apa yang dikehendaki dengan maksudnya ialah amalan-amalan dalam kontek perlaksanaan undang-undang atau hukuman Syariat itu sendiri secara yang lebih luas dan terperinci. Di sinilah terletaknya peranan dan tanggungjawab atau bidang ikhtiar atau daya usaha insan dalam mengisikan nilai-nilai dan kemampuan yang sanggup dilaksanakan berdasar kepada kekuatan perlaksanaan serta penyelenggaraannya menurut kuasa dan daya akal sedar yang maksima. Jelasnya Tariqat merupakan bagaimanakah menanganinya dengan cara yang betul.

3.    Hakikat

Pada bahasanya ia bermakna satu kebenaran tapi dalam kontek ini ia dimaksudkan suatu hasil atau kepastian dari Tuhan natijah dari amalan seseorang hambanya samada ianya berhasil atau gagal berdasarkan daya ikhtiar insane untuk memperolehi sebarang tujuan atau natijahnya. Peranan-peranan ini (Syariat, Tariqat dan Hakikat sebagai tiga garis perhitungan bersepadu) amat kuat dan ada hubungkait yang sangat erat dengan keimanan terdapat qadha dan qadar sebagai kepercayaan kepada rukun iman lantaran seandai ia cucuk dengan kehendak Allah, nescaya terhasil apa yang dihajati dan andaikata sebaliknya adalah gagal atau kecundang (lihat Kitab Akidah Mukmin - Syed Sabiq).