Penyertaan Surau Al-Muhajirin Dalam Perarakan Majlis Sambutan Maulidur-Rasul
Surau Al-Muhajirin Kompleks Kediaman Kakitangan Awam (KKKA) Jalan U-Thant telah mengambil bahagian dalam majlis perarakan Sambutan Maulidur-Rasul anjuran Masjid Ar-Rahimah Kg Pandan yang diadakan pada 6 Mac 2010. Penglibatan peserta dari Surau Al-Muhajirin adalah dari kalangan anggota jemaah surau yang terdiri daripada peserta lelaki, perempuan dan juga kanak-kanak. Pada tahun ini peserta dari Surau Al-Muhajirin telah tampil dengan pakaian seragam baju melayu berwarna merah. Pakaian ini telah ditempah khas oleh ahli jemaah surau dan ianya mendapat sambutan yang agak baik dari kalangan penghuni di sini khususnya ahli jemaah surau.
Kepada ahli jemaah yang menghadapi masalah dengan tempahan baju yang diperolehi sila kembalikan pakaian tersebut kepada saudara Balya untuk diambil tindakan pembaikan.
Gambar-gambar semasa sambutan Maulidur-Rasul:
2 ulasan:
gambar perarakan maulid nabi 1431h/2010m
Banyak lagi gambar-gambar pada majlis tersebut bolehlah refer Facebook Balya Amin
Catat Ulasan