Rakan Tenis

Jemaah Surau Al-Muhajirin telah menghidupkan aktivti sukan tenis di KKKA Jalan U-Thant. Sejak kuarters ini dihuni dari tahun 2007 sehingga sekarang sukan tenis adalah satu-satunya mampu bertahan dengan sesi latihan dan permainan harian iaitu setiap petang, malam dan pada Sabtu dan Ahad setiap pagi, petang dan malam.


Surau Al-Muhajirin telah menganjurkan 4 perlawanan persahabatan iaitu dengan PLUS, UIA, RTM dan Kuarters Kerajaan Jalan Duta. Dari masa ke semasa pihak surau akan menguruskan lagi perlawanan persahabatan ini bagi mencari pengalaman permainan selain merapatkan tali persaudaraan dengan agensi lain.


Pihak Surau Al-Muhajirin bercadang untuk mengadakan klinik tenis, latihan bersama coach dan menonton perlawanan ATP/WTP Tenis sekiranya diadakan di Malaysia bagi meningkatkan mutu permainan jemaah dan warga kuarters.