14 Mac 2010

DEMI KEIMANAN TERHADAP PENGAJARAN ILAHI PINGGIRKAN SIFAT MAZMUMAH DALAM DIRI

Suatu racun yang sangat merbahaya dan sangat durjana akibatnya dalam usaha mencapai ke arah perpaduan, setiakawan dan matlamat iman ialah sifat kedengkian di kalangan anggota masyarakat. Mengikut hukum Islam, bila mana sifat ini berkecamuk dalam diri seseorang, maka segala amalan kebajikan yang dilakukannya musnah dan hangus dijilat oleh api hasad yang membakar itu.

Dalam sebuah syarahannya, Syeikh Abdul Kadir Jailani ada memaparkan bahaya ini dengan ucapannya yang terkenal: "Wahai orang-orang beriman, kenapa saya lihat ada di antara kamu yang dengki dan cemburu hati terhadap jiran-jiran kamu lantaran kedapatan antara mereka yang mendapat lebih dari kurniaan Allah tentang makanan, pakaian dan tempat tinggal? Tidakkah kamu tahu bahawa perasaan dengki itu akan merubahkan iman kamu dan menjatuhkan diri kamu dari sisi Allah dan menyebabkan kamu dimurkaiNya?".

Selanjutnya , imam sufi kenamaan itu mengatakan lagi: "Mengapa kamu dengki kepada orang lain? Wahai insan, dengkikah kamu kepada apa yang diperuntukkan Allah kepadanya? Apa yang ada padanya itu adalah sebenarnya kurniaan Allah jua. Oleh itu, mengapa kamu dengkikan? Adalah lebih baik kamu dengki kepada bumi yang menjadi perbendaharaan dunia, menyimpan emas, perak dan intan berlian yang menjadi benda ini disimpan oleh raja-raja dahulu kala seperti A'rad, Samud dan maharaja-maharaja Parsi dan Rome lebih baik mendengki saudara-saudara kamu"?

Sikap mementingkan diri sendiri adalah sangat dikutuk oleh Islam, kerana Islam mendukung semangat kepentingan bersama yang berteraskan neraca keadilan. Pencabulan terhadap lunas-lunas ini adalah menentang garis-garis kesaksamaan yang dikehendaki oleh Tuhan. "Neraka Wail atau amat celakalah menimpa mereka yang curang, suka mengurangi dalam menimbang ialah mereka yang menerima sukatan dari orang lain, mereka minta penuh, akan tetapi kalau mereka menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi. Tidakkah kalau mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan nanti menghadap hari yang besar (hari Qiamat)?" (maksud ayat 1 - 4 Surah Al-Mutaffifin).

Sampai di sini, dalam usaha kita memperteguhkan nilai keimanan sendiri selaku manusia yang djadikan Ilahi untuk mencurahkan kepadaNya segala khidmat dan bakti untuk mencapai matlamat kemanusiaan yang luhur sebagaimana seruan yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w sendiri, surah Al-Mukminun adalah menggambarkan secara jelas dan terperinci.

Sesudah Tuhan menyebutkan sifat-sifat manusia beriman yang mencapai kemenangan dan memperolehi syurga firdaus, maka langsung dibangkitkannya pula tentang proses kejadian insan. Bagaimana kewujudan manusia itu diciptakan adalah terakam indah dalam ayat-ayat 12 hingga 16 maksudnya: "Dan sesungguhnya kami jadikannya manusia dari air yang tersaring dari tanah, kemudian kami jadikan dia setitik mani di tempat ketetapan yang terpelihara (tempat peranakan dalam perut ibu), kemudian kami jadikan itu sebuku darah, lalu darah itu kami jadikan seketul daging, kemudian kami jadikan itu sebuku darah, lalu darah itu kami jadikan seketul daging, kemudian daging itu kami jadikan tulang-tulang, lalu tulang-tulang itu kami baluti dengan daging, kemudian kami jadikan dia suatu kejadian yang lain (sifatnya), maka Maha Suci Allah, sebaik-baik pencipta, kemudian sesungguhnya kamu sesudah itu, menjadi bangkai-bangkai, kemudian sesungguhnya  kamu pada hari Qiamat akan dibangkitkan".

Ayat-ayat seterusnya yang dirakamkan dalam surah Al-Mukminun itu mengingatkan secara wedar tentang:
    
    a.    Kekuasaan Allah menciptakan bentuk-bentuk alam yang mengagumkan.

    b.    Nikmat-nikmatnya yang tak terhingga.

    c.    Tugas dan para rasul yang diutuskan kepada umat-umat yang silam dan bala bencana yang dialami oleh kaum yang engkar.

    d.    Urusan Tauhid dan Ubbudiyah serta arahan yang langsung agar manusia memupuk cita-cita kemanusiaan yang murni. Ini ada dirakamkan secara kukuh pada dua ayat yang terakhir. Dan barangsiapa menyeru tuhan yang lain berserta Allah, pada hal tidak ada sekali-kali baginya keterangan tentang itu, maka perhitungannya adalah di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang kafirtidak akan memperolehi kemenangan dan katakanlah: "Duhai Tuhanku, berilah keampunan dan kasihanilah kerana engkau sesungguhnya sebaik-baik pengasihan".

Pengangkutan nialai-nilai kemanusiaan itu diletakkan pada tahap yang paling tinggi, Nabu Muhammad s.a.w sendiri memberikan penegasannya melalui sabdanya yang bermaksid: "Tuhan tidak akan mengasihi kepada orang-orang yang tidak mengasihi sesamanya manusia itu sendiri".

Paling tepat sekali baginda menekankan konsep kemanusiaan itu dalam tanggungjawab antara sesama muslimin dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: "Kamu dikatakan manusia, bukan lantaran rupa rupa lahiriah badan kamu, akan tetapi kamu dikatakan manusia lantaran akal dan iman kamu".

Niali-nilai kita perlu pupuk bagi mencapai martabat kemanusiaan yang terpuji, lebih-lebih lagi sebagai  tanggungjawabnya kaum muslimin dalam manifestasi iman terhadap keluhuran pengajaran ilahi.

Tiada ulasan: