24 Julai 2010

KENALI ULAMA TERKENAL TOK KENALI

Tok Kenali: Ulama Peringkat Wali


Tok Kenali ialah satu nama yang paling terkenal dalam dunia pengajian Islam menggunakan sistem pondok di Malaysia. Bahkan beliau juga terkenal di seluruh alam Melayu. Oleh itu, memang riwayat beliau perlu diketahui oleh masyarakat. Dalam dua keluaran terakhir perbicaraan tentang ulama, telah disentuh perjuangan tokoh yang antipenjajah (Tok Ku Paloh Terengganu dan Haji Sulong al-Fathani). Ada orang berpendapat bahawa Tok Kenali tidak pernah terlibat dalam perjuangan yang bercorak demikian. Bagi saya, pendapat seperti demikian itu adalah hanya ditinjau dari satu sudut yang belum menyeluruh.

31 Mei 2010

HARI KIAMAT DAN HISAB

Qiamat adalah nama terbitan dari Qiamt bererti berdiri yakni hari kebangkitan setelah mati. Allah tidak menjadikan manusia tanpa tujuan atau untuk main-mainan sahaja. Ini dijelaskan dalam surah Al-Mukminun Ayat 115 bermaksud: "Maka apakah kamu menyangka bahawa Kami menjadikan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan kamu tidak dikembalikan kepada Kami". Allah menjadikan manusia dengan tujuan untuk mengabdikan diri kepadaNya. Ini dijelaskan dalam Surah Az-Zariat ayat 56 bermaksud: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu". Untuk memastikan apakah manusia benar-benar mengabdikan diri keoadaNya,  dan untuk menerima ganjaran mereka masing-masing maka Allah mengadakan hari pembalasan yang dinamakan dengan Hari Kiamat. Hari Kiamat ini diadakan sesudah manusia semuanya mati.

04 Mei 2010

TANDA-TANDA KIAMAT

Hudzaifah bin As-Syad Al-Ghifary meriwayatkan sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Rasulullah S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu sedang bincangkan?" Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari kiamat." Lalu Baginda menegaskan "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda:
  1. Keluar asap
  2. Keluar Dajjal
  3. Keluar Binatang melata di bumi
  4. Terbit matahari sebelah barat
  5. Turunnya Nabi Isa A.S
  6. Keluar Yakjuj dan Makjuj
  7. Gerhana di Timur
  8. Gerhana di Barat
  9. Gerhana di jazirah Arab
  10. Keluar api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

11 April 2010

RUKUN TETANGGA SEBAGAI RENTETAN DARI VITALITI KEJIRANAN


Nukilan: Ust Hj Abd Hadi bin Mahmud

Islam dan akhlak tiada pemisahan. Pada diserapkan sifat-sifat kesabaran, kesetiaan, tolong menolong dalam hal-hal kebajikan, toleransi bertimbangrasa dan lain-lain yang jika dipraktikkan oleh suatu masyarakat, sudah tentu ia akan menjadi contoh bagi model kehidupan yang damai dan sejahtera. Vitaliti kejiranan sangat ditekankan kepada umat yang beriman. Sebenarnya konsep kejiranan menurut perspektif Islam adalah luas meliputi orang-orang yang tinggal serumah dengan kita, orang-orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita dan orang-orang yang tinggal dalam lingkungan jarak 40 buah rumah dari rumah kita dalam segala jurusan. Hubungan baik dengan jiran merupakan satu tuntutan iman. Tuntutan ini kalau disempurnakan, akan meningkatkan tahap kesuburan iman kita. Kalau tidak, maka berkuranglah ia serta terhapuslah pula salah satu dari cabangnya. Tegasnya ia merupakan langkah umat dari garis amal soleh sebagai hubungan sesama insan (hablum minannas).

Di dalam Surah An-Nisa' ayat 36, Allah berfirman:
سُوۡرَةُ النِّسَاء
۞ وَٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَلَا تُشۡرِكُواْ بِهِۦ شَيۡـًٔ۬ا‌ۖ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنً۬ا وَبِذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَـٰمَىٰ وَٱلۡمَسَـٰكِينِ وَٱلۡجَارِ ذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡجَارِ ٱلۡجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلۡجَنۢبِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُكُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن ڪَانَ مُخۡتَالاً۬ فَخُورًا (٣٦)

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri. (36)

05 April 2010

Peta Menuju Hari AKhirat


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

26 Mac 2010

ALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya: "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya. Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

23 Mac 2010

BEZANYA MUKMIN DAN ORANG KAFIR DI SAAT MENGHADAPI MATI

Saat ketibaan ajal bagi orang mukmin dan orang kafir itu amatlah berbeza. Perbezaan itu telahpun dijelaskan dalam Al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w. Manakala roh orang mukmin hendak keluar, maka datanglah malaikat Malakul Maut memberi salam: "Selamat sejahtera atasmu, wahai wali Allah". Sesungguhnya Allah memberi salam kepadamu, kemudian dia pun membaca ayat surah An-Nahl (Ayat 32):

ٱلَّذِينَ تَتَوَفَّٮٰهُمُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ طَيِّبِينَ‌ۙ يَقُولُونَ سَلَـٰمٌ عَلَيۡكُمُ ٱدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ 

Maksudnya: "(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan."(32)